Assalamualaikum....
salam ukhuwah dan penuh kasih sayang...
alhamdulillah....telah selamat pulang dari bercuti sempena TBC 2o12...
ada yang telah memulakan tugas dan ada yang masih bercuti...apapun, semoga hari2 kita dipenuhi dgn perkara yang baik2 dan menggembirakan.
kami balik dari Langkawi pada petang Selasa...ayah jemput kami di jeti Kuala Kedah.
malam tu bermalam di rumah mak ayah....esok tu sempat berkunjung ke rumah tok cik abang di Alor Janggus -yakni tok sebelah ayah cik abang-...kemudian melawat anak sepupu suami yang baru lahir di Aloq setaq.
malam tadi kami bertolak balik ke Pulau Pinang memandangkan cik abg bekerja pada hari ini.
ku pulak masih bercuti, jadi surirumah yang bahagia bersama anak2 di rumah.
sakit badan dan kepala kerana keletihan masih terasa...tapi gagahkan juga bangun pagi kemas apa yang patut dan mop lantai satu rumah walaupun rumah dah mop sebelum cuti baru ni...dah berkilat lip lap lip lap baru senang hati kan...
oklah, nanti kalau diizin Allah boleh menulis lagi...minta diri sat...
wassalam
No comments:
Post a Comment
:) :D ;) B-)