Followers

Tuesday, November 29, 2011

Tips-simpan susu pekat manis




Assalamualaikum...salam sayang...

harini nak kongsikan satu tips...cara menyimpan susu pekat manis dengan cara yang kemas...
ini idea cik abang sebenarnya, dah lama pun tapi baru teringat nak abadikan dalam belog ini.
andai ada kawan2 di sini ada cara yang lebih baik, boleh kongsikan bersama ya.



kami pakai susu pekat yang bermacam2 jenis, yang dalam gambar ni contoh saja ya...


ok, mula2 buka tin susu ni...kami guna alat apa ntah ni...tak tahu nama...
alat ni lepas guna terus bilas hujung mata dia tu, pastu lap dengan kain kering...tu untuk jaga alat tu dari karat dan supaya bersih...tu kata cik abangku....



dah buka tin susu tadi tu kan, sediakan bekas untuk simpan susu ni.bekas apa pun tak apa.yang penting bertutup kemas.bekas bentuk petak ka, bulat ka apa ka...ok ja.



tuang sampai habis....kole yang kami guna tu tak dapat nak tampung semua susu pekat ni sampai habis.tapi cik abang nak guna bekas ni jugak katanya.jadi baki sikit2 susu yang tak muat nak masuk dalam kole tu kami bancuh air terus la...wat milo susu ka..apa ka...



ok, dah siap tuang...boleh tutup dengan kemas.dicadangkan guna bekas yang lut sinar, agak2 nampak kuantiti susu pekat manis yang kita simpan tu...bila dah nak habis, kita nampak sikit dan boleh isi yang baru,kan.



bila nak guna susu pekat yang kita simpan tadi tu, kita cedok pakai sudu...



kemudian bolehla kita simpan bekas kita tu dalam peti sejuk...



ok itu saja....
wassalam

1 comment:

:) :D ;) B-)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...