Assalamualaikum....
salam maal hijrah buat semua...
walaupun terlewat satu hari untuk abadikan ucapan ini dlm belog yang serba serbi sederhana ini,
tapi ku tetap semangat untuk merasai dan mengahayati perjuangan nabi Muhammad s.a.w dalam episod penghijrahan baginda.
apa azamku sempena tahun baru ni ya? mungkin sama seperti orang lain, kita semua nak yang baik-baik sahaja dalam hidup,kan?
azam sebagai.....
hamba Allah-semoga Allah sentiasa merahmati hidup ini...semoga permulaan dan pengakhiran hidupku diberkati Allah s.w.t.....Ya Allah, pandulah aku ke jalan yang diredhaiMu....
anak- ku bersyukur kerana masih mempunyai ibu bapa, ingin sekali membahagiakan mak dan ayah selagi yang termampu.kerana restu mak ayahlah ku dapat merasai kesenangan....Ya Allah, sihatkanlah mak dan ayahku dan lindingilah mereka dari kejahatan...
menantu - ku bersyukur kerana mempunyai keluarga mertua yang pemurah...kerana restu merekalah kami suami isteri disatukan....Ya Allah, murahkanlah rezeki mereka, peliharalah mereka dari kejahatan....
anak angkat- ku bersyukur kerana mempunyai keluarga angkat yang begitu penyayang dan bahagia.tanpa restu mereka juga, ku takkan bahagia.Ya Allah, peliharalah silaturrahim antara kami sampai bila2....
isteri- ku bersyukur kerana diberi peluang oleh Allah untuk merasai nikmat perkahwinan dan mempunyai suami sebagai seorang pelindung dan sebagai teman.Ya Allah, pandulah diriku untuk menjadi isteri yang terbaik buat suamiku.
ibu- alhamdulillah kerana Allah telah memberiku peluang untuk menjadi ibu....semoga ku tidak sia-siakan amanah yang Allah berikan kepadaku ini.Ya Allah, bimbinglah daku untuk menjadi ibu yang ideal buat anak-anakku.
guru- ku bersyukur kerana terpilih untuk bekerja dalam salah satu profesion yang dianggap mulia ini.semoga pengorbananku selama ini mendapat keberkatan dari Allah.buat anak-anak muridku, kalian ku anggap seperti anak-anakku sendiri....Ya Allah, bantulah hambaMu ini dalam perjuanganku sebagai seorang guru.
pelajar-ku bersyukur kepada Allah kerana dengan izinNya, ku diberi peluang untuk menyambung pengajianku....semoga Allah mempermudahkan urusanku.Ya Allah, perkenankanlah doaku untuk menjadi pelajar yang baik dan berjaya.
kawan- ku bersyukur kerana mempunyai kawan-kawan yang berhati mulia dan sentiasa mendoakan yang baik-baik untuk diri ini....Ya Allah, satukanlah hati kami ke jalan yang Engkau redhai....
keseluruhannya, ku mengharapkan Allah dapat membimbingku ke arah kebaikan....
usahaku + izin Allah = insyaallah berjaya...
amin, Ya Allah....
wassalam....
No comments:
Post a Comment
:) :D ;) B-)