Followers

Wednesday, November 30, 2011

ImEy,GeE,SyAfI dAn KaMi...BkT BeNdErA....


Assalamualaikum....
salam hari rabu....

harini nak singkap kenangan berjalan2 ke Bukit Bendera awal tahun yang lalu...
kenalan kami Man dan Gee serta anak mereka mai dari Kelantan...
seronoknya depa mai....


gambar google-Bukit Bendera


 ni gambar sebelum naik kereta kabel...err org panggil kereta api kabel...apa2 ja lah noh...
bersama dgn budak2 kecik-Syafi,Syifa,Fatini....fatini terselit di situ...hihi...


 muka riang semuanya...mak bapak yg terlebih riang...hehehe...


 sedang menunggu giliran naik kereta kabel...Syafi awal2 lg dah lentok...hehehe


 orang ramai berpusu-pusu nak naik...


....... 


 ni kereta kabel dia...masa ni dah sampai atas....


 koc baru dah sekarang....koc buatan Switzerland....


 ni kami dah kat atas...


 Pasangan comey....


 ....


 kereta kabel dari pemandangan atas...


 pemandangan sebahagian Pulau Pinang....


 bapak2 yang mithali....hihihi...


....



......



 .....


kami yang comey...huhuhu..boleh?


Gee yang baik hati...rindulah nak jumpa lagi...


alololo...awat ni syafi...


......


......


cik abang bersama anak dan bakal menantu...weeeee....


lari pulak dia..haihhh..


melepaskan lelah sat...


 pastu sambung panjat bukit lagi....


 curam betul tangga ni....


.....


.....


......


.......

ok tu ja kot gambaq2 yang ada...ni pun kamera Man dan Gee punya...terima kasih banyak2 ye...


 bila la kami nak p kelantan lg nih....dah naik segan dgn man dan gee sebab dah byk kali depa mai umah kami tapi kami ni boleh kira dgn jari brapa kali p umah depa...
nak gosok cik abang banyak kali sikit...leh p kelantan lagi...leh jumpa depa...dan paling best kalau dapat pekena mee cambo kat Rantau Panjang...Gee dan Iman yang perkenalkan makanan ni kat kami dulu...


bawah ni gambar masa kami p makan mee cambo yang sedap tu....
 masa ni p kelantan sbb ada kenduri kahwin kat rumah sepupu cik abang 
 laa....tak masuk pulak gambaq mi dia....bihun sebenarnya...


ni lada yang sedap tu...



terima kasih Iman, Gee dan Syafi sbb sudi datang rumah...jgn serik datang sini ye...
insyaallah kami akan ke sana pulak ye...


ok
wassalam....

wassalam....

Tuesday, November 29, 2011

Tips-simpan susu pekat manis




Assalamualaikum...salam sayang...

harini nak kongsikan satu tips...cara menyimpan susu pekat manis dengan cara yang kemas...
ini idea cik abang sebenarnya, dah lama pun tapi baru teringat nak abadikan dalam belog ini.
andai ada kawan2 di sini ada cara yang lebih baik, boleh kongsikan bersama ya.



kami pakai susu pekat yang bermacam2 jenis, yang dalam gambar ni contoh saja ya...


ok, mula2 buka tin susu ni...kami guna alat apa ntah ni...tak tahu nama...
alat ni lepas guna terus bilas hujung mata dia tu, pastu lap dengan kain kering...tu untuk jaga alat tu dari karat dan supaya bersih...tu kata cik abangku....



dah buka tin susu tadi tu kan, sediakan bekas untuk simpan susu ni.bekas apa pun tak apa.yang penting bertutup kemas.bekas bentuk petak ka, bulat ka apa ka...ok ja.



tuang sampai habis....kole yang kami guna tu tak dapat nak tampung semua susu pekat ni sampai habis.tapi cik abang nak guna bekas ni jugak katanya.jadi baki sikit2 susu yang tak muat nak masuk dalam kole tu kami bancuh air terus la...wat milo susu ka..apa ka...



ok, dah siap tuang...boleh tutup dengan kemas.dicadangkan guna bekas yang lut sinar, agak2 nampak kuantiti susu pekat manis yang kita simpan tu...bila dah nak habis, kita nampak sikit dan boleh isi yang baru,kan.



bila nak guna susu pekat yang kita simpan tadi tu, kita cedok pakai sudu...



kemudian bolehla kita simpan bekas kita tu dalam peti sejuk...



ok itu saja....
wassalam

Monday, November 28, 2011

salam maal hijrah 1433



Assalamualaikum....
salam maal hijrah buat semua...

walaupun terlewat satu hari untuk abadikan ucapan ini dlm belog yang serba serbi sederhana ini,
tapi ku tetap semangat untuk merasai dan mengahayati perjuangan nabi Muhammad s.a.w dalam episod penghijrahan baginda.





apa azamku sempena tahun baru ni ya? mungkin sama seperti orang lain, kita semua nak yang baik-baik sahaja dalam hidup,kan?

azam sebagai.....

hamba Allah-semoga Allah sentiasa merahmati hidup ini...semoga permulaan dan pengakhiran hidupku diberkati Allah s.w.t.....Ya Allah, pandulah aku ke jalan yang diredhaiMu....

anak- ku bersyukur kerana masih mempunyai ibu bapa, ingin sekali membahagiakan mak dan ayah selagi yang termampu.kerana restu mak ayahlah ku dapat merasai kesenangan....Ya Allah, sihatkanlah mak dan ayahku dan lindingilah mereka dari kejahatan...

menantu - ku bersyukur kerana mempunyai keluarga mertua yang pemurah...kerana restu merekalah kami suami isteri disatukan....Ya Allah, murahkanlah rezeki mereka, peliharalah mereka dari kejahatan....

anak angkat- ku bersyukur kerana mempunyai keluarga angkat yang begitu penyayang dan bahagia.tanpa restu mereka juga, ku takkan bahagia.Ya Allah, peliharalah silaturrahim antara kami sampai bila2....

isteri- ku bersyukur kerana diberi peluang oleh Allah untuk merasai nikmat perkahwinan dan mempunyai suami sebagai seorang pelindung dan sebagai teman.Ya Allah, pandulah diriku untuk menjadi isteri yang terbaik buat suamiku.

 ibu- alhamdulillah kerana Allah telah memberiku peluang untuk menjadi ibu....semoga ku tidak sia-siakan amanah yang Allah berikan kepadaku ini.Ya Allah, bimbinglah daku untuk menjadi ibu yang ideal buat anak-anakku.

guru- ku bersyukur kerana terpilih untuk bekerja dalam salah satu profesion yang dianggap mulia ini.semoga pengorbananku selama ini mendapat keberkatan dari Allah.buat anak-anak muridku, kalian ku anggap seperti anak-anakku sendiri....Ya Allah, bantulah hambaMu ini dalam perjuanganku sebagai seorang guru.

pelajar-ku bersyukur kepada Allah kerana dengan izinNya, ku diberi peluang untuk menyambung pengajianku....semoga Allah mempermudahkan urusanku.Ya Allah, perkenankanlah doaku untuk menjadi pelajar yang baik dan berjaya.

kawan- ku bersyukur kerana mempunyai kawan-kawan yang berhati mulia dan sentiasa mendoakan yang baik-baik untuk diri ini....Ya Allah, satukanlah hati kami ke jalan yang Engkau redhai....



keseluruhannya, ku mengharapkan Allah dapat membimbingku ke arah kebaikan....
usahaku + izin Allah = insyaallah berjaya...

amin, Ya Allah....






wassalam....










Friday, November 25, 2011

Cerita Khamis yg mcm2...



Assalamualaikum....
salam hari Jumaat....
alhamdulillah bersyukur kerana diberi peluang oleh Allah untuk bernafas di muka bumiNya ini....

harini nak bercerita pasal aktiviti hari Khamis iaitu semalam...
bercampur2 ja cerita dalam satu tajuk...tapi ku buat ringkas ja...
cerita 1- basuh mainan anak2
cerita 2- buat senarai barang2 yg nak beli
cerita 3- main2 ngan anak
cerita 4- p hospital dan info sippy cup
cerita 5- sarapan





pagi semalam basuh mainan anak2....dibantu oleh kakak syifa' yang rajin..huhuhu...
dalam rumah ni tak ada besen besar, baldi ada la tp kecik la pulak kan. jadi ku guna besen mandi bayi.
besen tu hadiah pemberian dari seorang kawan sekolah masa syifa' lahir dulu...thanks kak lili.


bilas membilas....


tapi sebelum tu ku asingkan mainan yang mana boleh dibasuh dan yang tak boleh dibasuh.
yang ada pelekat dan yg ada unsur2 kena guna bateri tu, kita lap dgn kain bersih dah la...
yang macam unsur kain dan bulu contoh macam  teddy bear tu kita sembur guna febreeze pun dah ok.

sebenarnya byk lg mainan depa ni tp tak laratla nak simpan kat umah ni byk2, jadi ku letak separuh kat kampung.jadi bila balik kampung ada jugak benda nak main kan....mak, maafkan anakmu ini sbb semakkan umah mak dgn mainan depa...huahuahua...

 sesi asingkan mainan yg nak basuh


 gambar google- sembur2 bg bersih dan wangi
gambar google-
 kain bersih utk lap mainan.cantiknya....warna warni kain lap ni....


lepas basuh mainan, ku toskan dlm bakul ni...
sebenarnya ini bakul masa zaman ku bayi lagi...tahan lagi sampai sekarang,kan....turun temurun bakul ni.
mak guna utk simpan bajuku masa kecik2 dulu.sekarang ku guna utk anak2ku pulak...
tapi isi mainan ja sbb baju depa kan ku sangkut ja..takdak lipat2.hihihi.
 jemur sampai kering...


pastu semalam buat senarai barang2 nak beli nanti...itu pun belum senaraikan habis lagi...
kena tggu cik abang semak balik mana yg patut beli dan yg tak patut beli....baik tak bini dia..
chewah, padahal bila dah sampai Giant yg lebih2nya bini dia ni...kena marah ngn laki pun wat tatau ja...hahaha....



yang ni pulak sesi membuli anak..haha gurau..gurau...
main2 dgn depa ni..masa ni budak kecik ni tak mandi lg...dok merengek sgt...pastu ku masukkan dia dlm laci ni...hakhak...



ni semua dah mandi...baring2 tengok tv sambil minum susu...



malam tu p hospital sbb ada temujanji dgn doktor...utk rawatan susulan syifa'...jumpa Dr. Balkees


syifa' syok dpt main2...


adik pulak nak kita pegang dia ja...


main sebelum masuk jumpa doktor


jum balik....kami makan kat kedai pastu...mekasih bang sbb bawak mkn2 kat luar...
pekena tomyam, sayur campur dan paling best ialah ayam goreng gajus..mantoppp...mkn kat kedai Bangkok Tomyam...kedai mkn biasa ja, bukan restoran besar.tapi sedap.



antara info yang kami dpt dari doktor ialah penggunaan sippy cup...sbb penggunaan botol dan puting dalam jangka masa yg panjang tak berapa elok.  ada sesetengah ibu bapa mula bagi masa bayi umur 6 bulan pun boleh...yg penting, masa bayi dah setahun kena guna sippy cup ni.
butiran lanjut boleh baca kat SINI atau mana2 sumber yg berkaitan...

contoh sippy cup yg ku google ja


eeee comelnya!





ptg semalam dah buat doh donat...
jadi pagi ni sarapan donat salut coklat...tapi rupanya mcm cekodok ja...ah,abaikan bentuk yg tak comey tu...yg penting rasa dia bolehla tahan..ehem ehem...hahaha...
ku guna bahan yg mana ada ja kat umah ni...iaitu tepung gandum, mentega..sbb marjerin dh hbis, susu tepung, gula, garam, mauripan.
 pastu coklat tu guna coklat masakan, dan mentega..ingatkan nak guna marjerin ja tp habis lak.....
coklat tu ku cairkan guna teknik double boiler...pastu donat yg digoreng tu ku salut dgn coklat yg dicairkan dan tabur gula urai atau omputih kata chocolate rice.


selain donat, pagi ni sarapan nasi gulai udang, mknan kegemaran syifa...sedap tau. cik abg beli kat gerai dekat2 umah...


ok, tu ja...
wassalam...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...