Followers

Friday, December 18, 2015

Tamat belajar

Assalamualaikum...

selamat petang...

Wah lama betul ye tak jenguk sini...
alhamdulillah saat ini masih cuti sekolah akhir tahun 2015
berbalik pada tajuk...akhirnya selamat menamatkan pelajaran peringkat ijazah dalam bidang pengajaran bahasa inggeris sebagai bahasa kedua pendidikan rendah...alhamdulillah.
konvokesyen diadakan pada 10 disember 2015...

hanya perkataan syukur dan terima kasih atas izin Allah, doa dan sokongan pensyarah, ibu bapa, mertua, suami, anak-anak, keluarga, rakan-rakan dan pihak sekolah.

rasa tak sangka pun ya juga 4tahun belajar ni macam-macam la kan yang kena lalui hehe...maklumla kena galas peranan sebagai isteri, ibu, guru dan pelajar...dan juga mengandungkan sofea dalam tempoh belajar tu hihihi...

perasaan bila habis tu tentulah gembira.insyaallah semoga ia boleh menjadi contoh buat anak-anak,adik dan anak murid...lega pun ada kerana dah boleh berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan rakan guru lain yang dah genggam ijazah...dan juga ada ijazah seperti suami walaupun saya berbeza bidang dengan dia hihihi...kekanda dibidang kejuruteraan, adinda dibidang pendidikan...sama-sama berjuang, sama-sama berbakti, untuk ibu pertiwi.....sekian nyanyian huhu...selain tu,ini pun untuk mak ayah juga...nak banggakan dari segi lain belum lagi..jadi setakat ini saya hadiahkan ini untuk mereka....

sekian...nak angkat kain...hujan...
wassalam


No comments:

Post a Comment

:) :D ;) B-)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...