Followers

Saturday, December 19, 2015

kesihatan

Assalamualaikum....


semua orang dah berdengkur...kita sorang ja terkebil-kebil lagi...tv tayang cerita tak berapa nak syok, nak tengok wayang kat tv pun malas...ni la akibat banyak minum teh tarik siang tadi...malam pulak tumpang minum kopi hazelnut cik abang....sekarang terjegey mata la noh....

sebenarnya nak kawal diri dari minum kafein...belum berjaya...sebab badan banyak angin...baru je lepas berurut bagi sedap badan&betulkan urat...saja ja sebab baru ni kan berjalan jauh naik kereta, lenguh....kita panggil bidan urut mai rumah....sebab dah biasa kena urut dengan dia masa pantang anak ke3 dulu....

masa berurut tu sambil menyembang tanya itu ini...katanya kalau nak badan sihat kena minum air rebusan tumbuhan....sukatan lupa pulak tanya...antara bahan yang bidan tu sebut ialah:-

halia, serai, daun pandan, gula merah
rebus, tapis dan minum....

dari segi bahan tu pun kita tahu halia boleh hilangkan angin....daun pandan dan gula merah tu pula melembutkan urat...maaf kalau tersilap maklumat huhu...

oh lupa...baru ja tengah nak istiqomah amalkan habbatussauda...pernah makan dulu tapi entah macamana berhenti pulak...ni makan balik...tu pun kawan bagi...semoga murah rezeki dia sekeluarga...kita amalkan makan habbatusauda tu pagi dan petang dalam dos kiraan ganjil...juga selawat...banyak khasiatnya, boleh google....harapnya diri ini istiqomahla hahaha...gerun betul dengan sikap pelupa dan tak disiplin ni hihihi.....

ok...ada hikmah juga mata terjegey ni...boleh tulis blog bagi info kat sini untuk manfaat yang membacanya....perkara yang baik kita amal, yang tak baik kita tinggalkan...


wassalam....



Friday, December 18, 2015

Tamat belajar

Assalamualaikum...

selamat petang...

Wah lama betul ye tak jenguk sini...
alhamdulillah saat ini masih cuti sekolah akhir tahun 2015
berbalik pada tajuk...akhirnya selamat menamatkan pelajaran peringkat ijazah dalam bidang pengajaran bahasa inggeris sebagai bahasa kedua pendidikan rendah...alhamdulillah.
konvokesyen diadakan pada 10 disember 2015...

hanya perkataan syukur dan terima kasih atas izin Allah, doa dan sokongan pensyarah, ibu bapa, mertua, suami, anak-anak, keluarga, rakan-rakan dan pihak sekolah.

rasa tak sangka pun ya juga 4tahun belajar ni macam-macam la kan yang kena lalui hehe...maklumla kena galas peranan sebagai isteri, ibu, guru dan pelajar...dan juga mengandungkan sofea dalam tempoh belajar tu hihihi...

perasaan bila habis tu tentulah gembira.insyaallah semoga ia boleh menjadi contoh buat anak-anak,adik dan anak murid...lega pun ada kerana dah boleh berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan rakan guru lain yang dah genggam ijazah...dan juga ada ijazah seperti suami walaupun saya berbeza bidang dengan dia hihihi...kekanda dibidang kejuruteraan, adinda dibidang pendidikan...sama-sama berjuang, sama-sama berbakti, untuk ibu pertiwi.....sekian nyanyian huhu...selain tu,ini pun untuk mak ayah juga...nak banggakan dari segi lain belum lagi..jadi setakat ini saya hadiahkan ini untuk mereka....

sekian...nak angkat kain...hujan...
wassalam


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...