Followers

Thursday, August 2, 2012

dugaan






Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum...


kami sekeluarga sedang bersedih dengan berita kemalangan bapa saudara kepada suami iaitu paksu....
kejadian berlaku kelmarin...kami dapat berita petang kelmarin...
paksu ketika itu menunggang motosikal telah terlibat kemalangan dengan sebuah van....
kemalangan berlaku di langkawi...
paksu dikejarkan ke hospital langkawi....dan kemudiannya dipindahkan ke hospital besar pulau pinang dan pukul 3 pagi mcm tu paksu menjalani pembedahan, kalau tak silap...

mlm tadi kami suami isteri hanya berada di rumah dan menunggu berita selanjutnya...
pagi tadi kami ke hospital pulau pinang...
sebahagian saudara mara dari kedah, perlis dan langkawi ada datang...insyaallah selebihnya akan dtg melawat nanti...

pagi tadi ku bawa siap2 baju mengajar...sbb pakai tshirt ja ke hospital td...saja tak pakai baju kurung siap2...
dlm pukul 12 suami hantar ku ke sek...ikut hati nak ambil cuti tp atas nasihat cik abg, ku p jugak sekolah...masa tu paksu kat icu...waktu melawat belum dibuka lg...

pukul 5 ptg lebih...cik abg ambil ku di sek dan kami terus ke hospital...anak2 kami terpaksa tinggalkan di tempat pengasuh dan memaklumkan mungkin kami ambil anak2 lewat sedikit memandangkan keadaan tak mengizinkan....

sampai hospital 6.3o ptg...kelihatan sedara mara tunggu di luar wad icu...masing2 bergilir masuk jenguk paksu di icu...ku tak kuat sebenarnya nak tgk...tp gagahkan juga sambil doa diberi kekuatan...tapi tak tahu nak ckp mcmana bila tgk keadaan paksu...:::(((

waktu melawat icu td tamat jam tujuh mlm....kami dan sedara mara berbuka puasa di kedai mkn berhampiran hospital...solat maghrib di surau hospital dan masing2 balik...insyaallah berjumpa lagi nnt....
kami ajak juga tdo di rumah kami tapi mungkin masing2 ada hal yg perlu diselesaikan dan kami faham...insyaallah jumpa lg...cuma keluarga maklang, ibu kepada kaklong tdo di tmpt penginapan berhampiran hospital dan lebih mudah jika nak berulang melawat paksu beberapa hari ni berbanding jarak dgn rumah kami yg agak jauh dan kdg2 perlu berdepan dgn keadaan trafik yg tak menentu....

kami suami isteri singgah giant byn baru beli brg keperluan paksu dan maksu di hospital...maksu mlm ni tdo kat bilik khas di hospital....semoga maksu tabah dan sabar dgn apa yg menimpa paksu....

anak2 kami ambil selepas pulang dr giant....sgt2 berterima kasih kpd pengasuh kami yg sudi jaga anak kami sampai mlm....hanya Allah yg mampu membalas budi baik.....

oh ya, tadi sempat jumpa sekejap kawanku, zura yg anaknya sakit....jumpa sbb nak bg brg yg dia pesan...dpt tgk anak dia lagi td.....hampir sebulan anak dia di hospital...semoga anaknya cepat sembuh...amin...

ok...
nk undur diri dulu....
wassalam....




3 comments:

  1. bersabar lah dengan dugaan... semoga pjah dan keluarga tabah..

    ReplyDelete
  2. Ekin: terima kasih byk2.....Nani: terima kasih tau nani

    ReplyDelete

:) :D ;) B-)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...