Followers

Sunday, March 11, 2012

CuTi InI....

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum...
Salam bertemu lagi....



terima kasih gambar google


Cuti pertengahan penggal 1 dah bermula....
mesti mcm2 perancangan bagi yang bercuti tu..
murid2/pelajar mesti seronok dpt buat mcm2 aktiviti cuti ni...
mesti rancang cuti tu betul2 supaya cuti tu bermakna....




terima kasih gambar google

mak ayah mesti seronok dpt bawa anak2 jln2 musim cuti ni....
kalau tak pergi jln2 pun mungkin anak2 yg bercuti tu boleh tolong mak ayah kat rumah...
jadi kena bersyukur tau kenapa sekolah kerap cuti ye.....

tuan belog kini berada di kampung, umah mak ayah di kedah.
mlm td sampai bersama adik2dikmah dan dikdah.
tak balik dgn cik abg sbb dia dari jumaat malam dah pergi ke Perlis utk perlawanan takraw...

terima kasih gambar google...comel org ni lukis walaupun ringkas




Kalau ikutkan tuan belog dah boleh ikut cik abg sekali pastu cik abg boleh campak bini dan anak2 kat umah mak sbb sejalan ja kedah-perlis....
tapi memandangkan tuan belog ada kelas di maktab pd hari sabtu jadi tak boleh la nak ikut.
adik2 pun dtg la umah kakak dia ni utk teman kitaorg anak beranak kat umah..
pergi kelas pun adik yg hantarkan sbb kereta gen2 cik abg bwk ke perlis...
nak pandu sendiri myvi automatik adik punya pun tak cekap sangat sbb tuan belog dah terbiasa dgn kereta manual...
pengajaran utk diri sendiri lain kali kena cekap bawak kereta manual dan auto sekali ye...hihi...

2 keping gambar bawah ni antara pemandangan di tempat belajar I4P - Institut Pendidikan Persekutuan Pulau Pinang yg dahulunya dikenali sbg Maktab Perguruan Persekutuan Pulau Pinang...

 mcm2 pembangunan naik di sekitarnya


laluan ke kelas




kelas tamat hampir lewat ptg, pas adik2 dtg jemput tu, ajak depa p mkn...
sampai rumah dah maghrib jugak, dengan apa benda pun tak kemas lg utk balik kampung...
cadangan nak bertolak selepas magrib mmg tak menjadi la sbb dok kemas itu ini, pastikan rumah bersih, mop semua baru senang hati nak tinggal rumah...
minggu lpas nak kemas sekali harung pun pun tak sempat sbb sibuk dgn aktiviti sekolah...kalau ada masa nnt boleh cerita aktiviti apa tu ye...

utk cuti kali ini tuan belog mungkin berada di kampung sehingga isnin ni sahaja....
sebabnya selasa cik abg dah kerja....
dan rabu tu tuan belog kena pergi ke sekolah utk kelas tambahan
rasanya cuti ni takde kot nak jalan jauh ke apa...dapat jln2 cuci mata kat Queensbay Mall, Plaza Gurney, Giant, Tesco, Alor Setar,pasar malam, gerai makan atau dekat2 ni pun dah ok bg tuan belog..hihi...
selain buat aktiviti bersama keluarga, cuti ni tuan belog rancang nak menanda buku latihan murid, membuat tugasan yg diberi pensyarah dan mengisi markah SAPS murid.

mcmana dgn kawan2 lain ye...nnt cerita la apa yg korang buat cuti ni...mesti ada yg jln2 jugak kan, cerita cuti kat dlm rumah aje pun tak apa nnt tuan belog baca dan komen...tuan belog tak sombong punya ok...

ok itu saja, nnt boleh cerita lg..
wassalam




3 comments:

  1. salam pejah,
    1st time..mencatat book of record ni..cuti ni kami sefamili TAK BALIK KAMPUNG!!!! full stop.

    ReplyDelete
  2. anonymous: thank you.

    aNiE: wa'alaikumsalam....wahahaha....kalau x slalu balik kg ka?bagus ani rajin balik jenguk kampung.murah rezeki ani.

    ReplyDelete

:) :D ;) B-)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...