Assalamualaikum...
salam jumaat....
entri kali dah lama nak kongsikan bersama..sampai terlupa...
satu amalan yang mungkin kalau kawan2 nak amal dalam kehidupan seharian..
oh ni amalan yang baik tau, bukan amalan yang hitam2 tu ye...hehehe...
ok, apa yang kita buat sebelum tidur?
tolak jawapan basuh kaki, gosok gigi, pakai perfume wangi2 nak goda cik abg, iron baju keja utk esok, baca buku, baca fesbuk...
huhuhu...ada antara kat atas tu memangla kita ada buat, kan...
seeloknya kita selepas kita baca doa tidur, selawat dan sebagainya, eloklah kita memaafkan kesalahan diri sendiri dan kesalahan orang lain..
contoh;
Ya allah Ya Tuhanku, ampunkanlah dosaku, dosa kedua ibubapaku, dosa keluarga mertuaku, dosa suamiku, dosa anak2ku, dosa adik beradikku, dosa majikanku, dosa rakan sekerjaku, dosa jiran2ku, dosa anak2 murid ku, dosa ibubapa/penjaga anak2 muridku, serta dosa muslimin dan muslimat....-boleh tambah lagi kalau nak-
-doa yang ni mmg ku amalkan sebelum tidur dan lepas solat...-
kita mesti memaafkan orang, jangan sekali-kali kita berdendam kesumat sampaikan hal yang kecil2 pun kita nak berdendam dan tunggu masa nak balas...oh tak baik tu...tu dah macam kita ni terlalu sempurna dan macam tak pernah buat dosa pada orang...ingat ye, sedangkan nabi ampunkan umat...ingat tu...-selalu ku pesan pada diri sendiri...
mungkin mula2 kita rasa susah sangat nak maafkan orang...ok takpa, amalkan amalan memaafkan sebelum tidur macam di atas...insyaallah lama kelamaan hati kita mudah nak memaafkan....
tapi selalu sangat kita dengar
"mmg mudah nak memaafkan, tapi nak melupakan...susah!"
ok takpa, bagi masa utk diri sendiri, pujuk diri kita...tanya diri kita...-sedih tak bila orang masih ingat perkara yg telah kita lakukan, sedih tak bila org berdendam dgn kita disebabkan kesalahan yang kdgkala kita sendiri tak mampu kawal...pujuk, pujuk, pujuk diri kita...doa dan minta kekuatan dari Allah...tak rugi kalau kita memaafkan orang....hati kita pun jadi lega sebenarnya...
kalau orang dah minta maaf, maafkan dengan setulus hati....
tidur pun dalam keadaan yg tenang setelah memaafkan kesalahan org lain.....
semua gambar ihsan google..terima kasih
pesanan utk diri sendiri dan kawan2,
semua orang ada buat salah, yang penting cuba baiki kesalahan kita....bagi peluang pada diri sendiri dan org lain utk memperbetulkan kekhilafan yang berlaku....jom kita MAAFKAN kesalahan diri sendiri dan orang lain...dan jgn lupa, HARGAI dan HORMATI orang yang telah MEMAAFKAN kita...
terima kasih sbb sudi baca.
wassalam....
No comments:
Post a Comment
:) :D ;) B-)