Followers

Friday, July 22, 2011

indahnya 'dia'


Assalamualaikum...

wat entri mlm ni....sebenarnya tengah susun&stapler kertas soalan ujian...

rehat sat dari td buat kerja tak berhenti2..chewah...hihihi

pesanan-entri ini bukan untuk mengata,memerli atau apa saja perkataan yg tidak enak dirasa oleh wanita yg tidak bertudung.entri ini saya buat utk luah apa yg saya rasa tentang diri saya…..diri saya masih banyak celanya jadi saya tak berminat nak hentam orang ye..peace….

ok sambung balik……

entah kenapa hati ni diketuk oleh sesuatu,wah apa tu..hihi...

bukan diketuk oleh sang lelaki ye,bahaya ok...hikhik

sebenarnya hati ni tiba2 ja terpaut pada imej perempuan bertudung labuh....

bukanlah bermakna selama ini tak suka pd imej tu..bukan tau...

imejku sekarang memang bertudung tapi masih ada lagi ciri2 bertudung aku ni yang tak menepati tuntutan agama….

Contohnya pakaian sendat wpun tak sendat sesangat tp nampak ketara juga la bentuk bdn yg tak lawa langsung ni..hihihi…kemudian tang tudung of kos ada lg yang singkat, kemudian tang seluar ada yang nampak betul bentuk kaki lepas tu pakai baju tak reti2 nak labuh2 punya stail….isk buka rahsia sendiri ni,sedar diri….

Sejak dua menjak ni perkara ni sering melintasi ruang fikiran….rasa berdosa sangat tapi bila agaknya nak berubah.mcm2 fikir tau….contohnya bila dah pakai tudung labuh,sikap pun mesti selari dgn imej,bila dah bertudung labuh,mampukah aku kekalkannya sampai bila2 dgn hati yg ikhlas…sbb rasa mcm tenang ja tengok org bertudung yg betul2 ikut syariat ni….rasa mcm ada insan yg mendoakan aku supaya menuju ke arah itu…aku nak berterima kasih pd insan tu wpun aku tak tahu siapa.tp aku dpt rasa….betul ni…

Layan gambar ni jom….


tang stokin alhamdulillah memang dah pakai bila keluar rumah sejak beberapa tahun kebelakangan...tak ingat tahun bila....tapi mampukah aku kekalkannya sampai bila2?(gambar ihsan google)


memang sebenarnya kita sbg perempuan diwajibkan menutup dan memelihara aurat kita adalah kerana untuk keselamatan kita& byk hikmahnya.



cutenya walaupun hang ni katun...hihi....(gambar ihsan google)







sejuknya mata memandang (gambar ihsan google)





(gambar ihsan google)

hmmmm bila ye nak bertudung ikut syariat ni?terasa malu pada Allah kerana selalu berdoa meminta dariNya dan Allah sentiasa bagi rezeki pada aku.rezeki sihat,rezeki melihat,rezeki mendengar,rezeki anak2..dan semuanyalah,tak mampu nak senaraikan segala nikmat yang Allah yang luas itu.....tapi aku tak ikut pun suruhanNya...Ya Allah,Kau bimbinglah aku.....sesungguhnya aku hamba yang lemah....


pesanan lagi-entri ini adalah luahan hatiku utkku.jgn anggap aku nak menghina,memandang rendah pada sesiapa.please please please.....jgn salah anggap.pastu kalau aku ditakdirkan aku tak buat apa yg aku ckpkan di atas,jgn nak mencebik bibir tanda "eleh...cakap tak serupa bikin"...ok.....kita semua ada impian dan harapan.marilah kita berniat yang baik2 je dlm idup ni k...


salam sayang



No comments:

Post a Comment

:) :D ;) B-)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...