Followers

Friday, September 20, 2013

timbul balik hihi

Assalamualaikum

 lama betul menyepi...sebabnya adalah masalah nak log in blog ni...pelik betul.berhantu dah ka...ishh...abaikan nanti sakit kepala nak fikir.  alhamdulillah...saya dah selamat melahirkan anak ketiga, anak perempuan pada 22 ogos 2013, 3kg , 6.40 petang , di pearl maternity hospital, sungai ara, pulau pinang.harini, 20 september 2013 genap 30hari sudah...alhamdulillah...rezeki yang Allah bagi buat kami sekeluarga...kami namakan anak perempuan kami yang ketiga tu sofea raisya.saya tak kisah walaupun dikurniakan anak perempuan lagi kerana tu rezeki yang Allah bagi...tak boleh banyak bunyik nanti Allah tarik balik nikmat, kan?hihi...


 kalini saya berpantang sendiri di pulau pinang.tak berpantang di kampung di kedah atas sebab2 tertentu.banyak perkara nak dijelaskan kenapa berpantang sendiri kali ni tapi rasa malas pulak nak terangkan kat sini nanti pening hehehehe...apapun alhamdulillah semua baik2 ja setakat ni alhamdulillah...set bersalin untuk kali ni saya guna set tanamera.jamu belum makan lagi..tak tahu lagi nak makan jamu apa.


 apa lagi nak tulis ni...oh seperti biasa la cerita2 terkini banyak kat instagram la kan, blog pun dah mcm suam2 kuku dan hampir beku dah pon haha...facebook lagi la tak berapa nak ambik tau, cik abg ja buka fb tu... ok lah...dah lewat malam...nnt rasa2 ada benda nak cerita leh merepek lagi kat sini...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...